Online Event
Event will be conducted in Malay/English
Fees
$35 (Standard Price), $25 (Early Bird & Membership Price), $10 (Registration fee)
Synopsis
Tahukah anda apa yang harus anda lakukan jika ada ahli keluarga tersayang sedang nazak dan hampir menghembuskan nafas terakhir ?
Dalam kursus ini, peserta akan mempelajari:
- Tanda-tanda nazak
- Tanda-tanda untuk pastikan kematian itu sendiri
- Cara menguruskan jenazah dalam aspek teori dan praktikal
Tujuan kursus ini adalah untuk melengkapkan dan mempersiapkan peserta supaya mahir menguruskan proses daripada mulanya mengurus pesakit sebelum kematian berlaku sehinggkan waktu jenazah tersebut dikebumikan.
Sebaik-baiknya peserta akan tahu apa perlu dibuat jika ada berlaku kematian kepada salah seorang ahli keluarganya, dan juga faham apa kesan mempelajari dan mengamalkan semua ini terhadap anak-anak yang saleh.
Masalahnya....
Ramai yang tidak memastikan arwahnya diurus dengan baik sebelum dia meninggal dunia sehinggakan apabila jenazah ingin diurus untuk dikafankan, ia dalam keadaan mengaibkan dan menyusahkan ahli pengurus jenazah...
Ramai yang tidak mengurus arwahnya ketika dalam keadaan tenat dengan baik menyebabkan arwahnya berada dalam keadaan tidak selesa dan mungkin menghembuskan nafas dalam keadaan tidak elok segi kebersihannya. ...
Ramai juga tidak tahu apa yang patut disiapkan sebelum kakitangan pengurusan jenazah tiba di rumah mereka. Ini juga akan lewatkan kebumian ahli keluarga yang telah pergi.
Yang menyedihkan sekali, ramai yang tidak tahu menguruskan jenazah ahli keluarganya sendiri dan mengharapkan sepenuhnya kepada ahli Pengurusan Jenazah.
Details
Dengan Itu, Pengurusan Jenazah Sinaran Baharu ingin mengajarkan anda:
- Pengenalan Kursus Mengurus Jenazah
- Makna dan persiapan untuk kematian
- Keadaan Nazak
- Mengarahkan orang yang sedang nazak - Membaca Al-Quran
- Tatacara menguruskan jenazah selepas kematian
- Doctor’s CCOD, Police report, Death Certification, Burial permit application
- Cara bersihkan jenazah(Ghusl)
- Cara kafankan almarhum untuk lelaki dan perempuan - Adab, Perbezaan antara lelaki & wanita, tempat mencuci (ghusl) dan kaedahnya
- Sesi Praktikal – Ghusl, kafan & solat (Menggunakan air, mandi basah)
- Solat Jenazah (Solat Jenazah) - Prosedur untuk lelaki / wanita dewasa, kanak-kanak, dalam solat tidak hadir (Solat Ghaib)
- Pengebumian - Menggali kubur (konteks Singapura), Cara meletakkan jenazah, arah kiblat dan doa
- Menziarahi tanah perkuburan (tanah perkuburan Muslim) & Adab melayani ahli keluarga si mati - Sunnah, pakaian, doa
- Tempoh berkabung & Iddah (Tempoh menunggu janda)
- Palliative care – The short and long term care for serious illness patient and near death patient
Lokasi: Zoom Session (Due to Covid-19 situation, we are doing this through Zoom)
Kita akan memastikan anda dapat melihat Ustad mengajar waktu sesi praktikal dengan jelas. Jadi tidak perlu khuatir jika tidak dapat melihat dengan jelas disesbabkan kelasnya melalui Zoom.
Tarikh Untuk Bahasa Melayu: 26th June 2021
Tarikh Untuk Bahas English: 27th June 2021
Waktu: 2.30-6.30pm (With one hour break)
Fees: $35 (Standard Price), $25 (Early Bird & Membership Price), $10 (Registration fee)
Do contact Puan Hidayah at 91998140 for more information. Thank you.